Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi berkata, "Sikap pemimpin Saudi terhadap Syiah tidak dapat diterima. Kami memberi amaran kepada pemimpin Saudi bahawa tindakan keras ini akan menghiris perasaan seluruh Syiah dan para pengikut Ahlul Bait (a.s) di seluruh dunia selain mengundang kesan buruknya."
"Telah sampai berita buruk mengenai sikap para pegawai Saudi terhadap Syiah di Ahsa dan Qatif. Sebilangan ulama mereka telah dihumban ke dalam penjara atas kesalahan memperjuangkan kebebasan dalam melaksanakan majlis agama dan banyak sekatan telah diwujudkan untuk mereka. Yang lebih dahsyat ialah keputusan hukuman mati terhadap ulama besar rantau tersebut, Sheikh Nimr.
"Para pegawai Saudi sepatutnya mendengar suara hati mereka, bukan melakukan kekerasan. Mereka cuma inginkan hak yang telah dinafikan. Mereka mahu melangsungkan majlis keagamaan. Mereka cintakan tanahair. Akal dan logik yang mana dapat menerima sikap terhadap permintaan yang sah ini?
"Kami terkejut, kenapa pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia global berdiam diri mengenai perkara yang bertepatan dengan kehendak negara-negara pendominasi; malah mereka berteriak kuat sekiranya ada gerakan yang tidak serasi dengan hasratnya?" ujar beliau.
Ayatullah Makarim Syirazi di akhir ucapan berkata, "Apapun yang terjadi kami ulang sekali lagi, keputusan hukuman mati terhadap ulama besar di rantau ini tidak memberikan kesan apa-apa kepada para marja Syiah dan tokoh-tokoh ajaran Ahlul Bait (a.s), manakala seluruh para pencintanya di seluruh dunia akan tetap berteguh pendirian."
1 Julai 2014 - 21:39
News ID: 620666
Hukuman mati ke atas ulama tidak akan melunturkan keutuhan pendirian Syiah di seluruh dunia